[Home] [Profil Sekolah] [Pentadbiran] [Pencapaian Sekolah] [Peperiksaan] [Pusat Sumber Sekolah ] [Informasi] [Album Pilihan ] [Download] [Renungan]

Thursday, February 9, 2012

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
Pusat Sumber Sekolah merupakan agensi yang penting di dalam intitusi sekolah yang menyediakan pelbagai bahan ,khidmat dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran .Pusat sumber yang diwujudkan disemua sekolah memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematis.
Pembentukan Pusat Sumber yang sistematis dan berkesan adalah dengan tenaga dan daya usaha semua guru tidak hanya dipikul oleh guru PSS semata-mata.Setiap guru seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai pusat sumber agar dapat memberi sumbangan kepada kemajuan PSSnya.
Profil ini diwujudkan dengan tujuan supaya setiap guru dapat memahami peranan dan fungsi pusat sumber dan seterusnya dapat mengurus PSS dengan cekap.Kami cuba untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran dengan cara yang teratur dan mudah.Pengembelingan banyak idea dan buah fikiran disatukan dalam perancangan ini,yang mengandungi pelbagai maklumat yang relevan dengan keperluan penggunaanya.
Profil ini merupakan sumber rujuk segera bagi membantu semua pihak dalam penggunaan PSS. Ianya bukan saja memudahkan penggunaannya ,tetapi untuk menarik minat guru dan murid-murid menggunakan Pusat Sumber dengan lebih berkesan lagi.
Dengan wujudnya Profil PSS tahun 2011 ini kami berharap agar bertambah ramai warga sekolah yang menggunakan PSS.


DEFINISI PSS

Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi dalam perkembangan kurikulum & ko-kurikulum di sekolah. Di sinilah tempat mengumpul, membina, memproses dan mengedar bahan cetak dan bahan bukan bercetak dengan gabungan nilai – nilai kemanusiaan. PSS memberi perkhidmatan yang memudahkan penggunaan alatan / bahan dengan perancangan yang sistematik dan juga dapat membentuk masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran


belajar sepanjang hayat.


VISI


MENJADIKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SEBAGAI LAMAN ILMU YANG BERTEKNOLOGI IT UNTUK MENGAKSES MAKLUMAT


MISI

MENYEMAI DAN MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN WARGA SKTS

MENGGALAKKAN PENINGKATAN KEMUDAHAN DAN PRASARANA PSS BERASASKAN TEKNOLOGI IT.
MENINGKATKAN PENGLIBATAN SEMUA WARGA SKTS DALAM USAHA MENEKANKAN P&P MELALUI PENGGUNAAN PSS MENINGKATKAN KUALITI P&P MELALUI PENGGUNAAN PSS .
OBJEKTIF PSS

Kecemerlangan Pendidikan
Meningkatkan mutu pengajaran & pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.


Penggunaan Kemudahan
Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

Pemupukan Tabiat Belajar
Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis

Penghasilan Bahan :Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran & pembelajaran

Perkhidmatan Pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar.

Kemahiran Maklumat
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran
.



WAKTU PERKHIDMATAN
ISNIN HINGGA JUMAAT : 7:45 AM HINGGA 2:30 PM
RABU : 7:45 AM HINGGA 4:30 PM





1 comment:

misz erah aziz said...

wah,,,congrats untuk pss skolah niee,,hope skolah kite akn trus maju jayerr